Komputer ialah sebarang peralatan, mesin atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan. Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponen-komponen komputernya yang berlainan.
Pengetahuan mengenai nama, bentuk fizikal serta fungsi komponen-komponen komputer peribadi akan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain.
Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin apabila menggunakan komputer multimedia, apatah lagi sekiranya komputer itu bukanlah yang sering digunakan olehnya sebelum ini, lebih khas lag,i bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pada asalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Pengira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik sama ada dengan bantuan alat mekanik atau tidak. Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin.
Pada asalnya, tugas “komputer” hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.
Definisi
Takrif asal “komputer”, seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan, ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan.
Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh digunakan sebagai ujian untuk membezakan komputer “serba-guna” dengan komputer awal yang hanya khusus untuk tugas tertentu. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran


No comments:
Post a Comment